Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Thursday, May 13, 2010

Jumperoo


Aqeel nak x Jumperoo ni???? harus kah mummy beli kat Aqeel??? hati mummy bergolak2 sampai terketaq2 tangan nk beli tapi berbaloi kah??? Jumpero ni hanya boleh pakai beberapa bulan ja.. t Aqeel blh jalan x mo dah dok dalam Jumperoo tu... Harganya RM550... sbb RM550 lah mummy pikir 10, 20 kali.. berbaloi kah???  kalo RM200 lbh mummy dah belih dah tuk Aqeel. Kepada mummy Eqen sila pejam mata & telan air liur mu sendiri k... kalo ternampak lagi Jamperoo ni sila jgn tgk lama2 ye mummy eqen cpt2 bukak blog lain....
Aqeel kata : "nak jamperoo ke x nak.... emm... nak-x nak-nak-x nak-nak-x nak Aqeel x nak lah mummy...."
Mummy kata : Syabash!!! betheaaa!!!...

A great new Jumperoo restage that is Precious Planet themed. There are 5 toy stations that surround baby, with animals from all over the world. It has a seat that spins 360 degrees so baby can play and interact from any side. An electronic toy at the front can be activated by baby.

2 softgoods extend from above the fram and are bat at bananas. It has 3 height adjustments for extended use. The Jumperoo includes a motion sensor that encourages kids by rewarding with lights and sounds when they jump. Use only for a child who is able to hold head up unassisted and who is not able to climb out or walk.

Tuesday, May 11, 2010

Aqeel dah sehat

Alhamdulillah Aqeel dah sehat sepenuhnya...sebenarnya Aqeel bukan kena demam campak tp sbb alergic ngan susu br dituka...  kesian Aqeel setelah beberapa hari demam dan seluruh badan bintik2 merah br semalam mummy & daddy perasan aqeel alergic ngan susu br nye tu kesiaann... mummy kasi blk susu yg lama alhamdulillah dah x dak dah bintik2 merah d muka Aqeel.... bintik2 tu semacam ruam kadang2 banyak penuh 1 muka & badan.... skrg kulit Aqeel dh semakin gebu hehehe...

 Muhammad Ezqel Eskandar


Tuesday, May 4, 2010

Kesian anak mummy :(

Khamis, 29 April 2010 :
Tok bg tau badan Aqeel kejap panas kejap sejuk... mummy ingat x dak masalah la sbb time mummy blk keja petang tu sampai la ke mlm badan Aqeel normal je suhunye.

Jumaat, 30 April 2010 :
Badan Aqeel mula panas... panas sgt... ari tu mummy ambik cuti.. risaunye mummy huhuhu.. teringat blk cerita mama linda mengenai anakndanya Yad terus berlegar-legar d ingatan... so Aqeel dipantau 24jam... nasib bai mummy bukan specess tdo mampoih... pagi2 tu gak p kinik kesihatan kg. pertama... tgk misi pun mcm x layan ja sbb hr jumaat bukan time untuk rawatan... suhu Aqeel diambil 38C so kategori demam la sbb kalo normal 36C ja... paracetamol sirap diberi... sehari 3 kali ye nak...
 
 time ni kulit Aqeel masih gebu. 
kesian anak mummy x larat

Sabtu, 1 Mei 2010 :
Badan Aqeel makin panas... mummy, daddy & atok mula gelisah... awal pagi p cari klinik 24jam so Klinik Ihsan Sbrg Jaya di tuju suhu Aqeel sudah mencecah 29C. Doktor suruh lap air pili seluruh badan untuk kurangkan suhu sblm ni mummy jst lap di bahagian kepala ja.. kesian Aqeel kesejukkan... slps tu alhamdulillah suhu badan Aqeel makin kurang.. pemberian paracetamol masih diteruskan... oleh kerana kadang2 suhu badan Aqeel naik blk (panas).

Ahad, 2 Mei 2010 :
Badan Aqeel dah x panas dah... nampak licah sikit... so hari tu boleh la Aqeel di bawa keluar... Mummy & Daddy nk beli barang dapur tok & ayah cik pun join sekali... so sepanjang hari tu keadaan Aqeel amat bagus sekali... tidak merengek & sungguh aktif.

Isnin, 3 Mei 2010 :
Pada kul 5 pagi mummy & daddy tdo dalam keadaan nyenyak, sejuk & bes tiba2 Aqeel menangis dgn kuat non stop.. terkezut mummy... myb kembung perut kot sbb tdo dlm aircond... selepas sapu minyak teylon alhamdulillah nangis aqeel dah slow... (suasana kegelapan & diterangi lampu tido yang malap). Tergerak hati mummy nk buka lampu kalimantan yang terang & menyilaukan seketika. Setelah terang benderang alamgkah terkejutnya kami bila wajah Aqeel ditatap... Ya allah!!!! bintik2 kecik warna merah dgn banyaknya... ape ni???? anak mummy kena ruam kategori serius ke? denggi ke? campak ke? time tu gak kami bw Aqeel p wad kecemasan KPJ tanpa sempat mandi, basuh muka, gosok gigi, pakai bedak dan sempat tuka baju, x mo la mummy p KPJ ngan baju tdo yg seksi muwaaahahaha... dlm wad kecemasan tu wajah Aqeel selamber je siap dia nyanyi lagi... dah la tmpt tu sunyi kuat gak la dgr sora Aqeel... tergedik2 sorang2 atas katil kecemasan tu bila doc. nak cek dia kalut nk meniarap plk dah... hehe nk tergelak mummy tgk Aqeel... suhu di ambil 36.6C alhamdulillah turun... tapi kenapa ngan muka, badan, kaki, tangan (semuanya) bintik2 merah.
Doc. kata myb dia kesan dr udara & badan yg panas (ruam) atau  alergic. Hanya ubat sapu diberi.. ok la tu kalo makan byk ubat risau plk mummy... Aqeel baru masuk 5 bulan.. pagi tu kena la dlm RM tujuh puluh lbh bersama ubat sapu sejengkal tu. Ingat nk ambik cuti tp x boleh sbb keesokkan ada pameran so byk benda yg harus dilaksanakan... x sampai hati nk lepas tangan.
 kegebuan kulit Aqeel time ni kurang menyerlah.... muka Aqeel agak kemerah-merahan.

Mummy rasa gelisah sangat sepanjang berada d opis... asyik dok teringat kat Aqeel ja..  tghari x sempat nk jengok Aqeel. daddy kata bintik kemerahan di muka Aqeel makin banyak kebetulan hr tu daddy cuti sempena ganti 1 Mei. huwaaaa x aci.... Aqeel di bawa ke klinik kesihatan perai pulak sbb rasa x puas hati... doc kata x sure sbb apa bintik2 merah ni so ubat sapu diberi sekali lagi... skrg ni x dak sapa pun kata Aqeel demam campak hanya kakak misi KPJ tu je kata myb campak kecik & firasat mummy pun kata mcm tu jgk. 

Selasa 4 Mei 2010 :
Aqeel nampak dah sehat sepenuhnya cuma bintik2 merah tu ja blm hilang harap2 ia akan hilang x lama lagi... so skrg ni mummy x berani nk masak dlm rumah takut Aqeel gatal (walaupun x dak black n white kata Aqeel kena campak) so semalam dapatla satu hidangan ayam tandoori yang di tapau oleh daddy yeeeehhaaa!!!!

Monday, April 26, 2010

Ciku-ciku mummy bermandi-manda

Alolololo chumel mummy ni suke sgt dgn air.... masa nk mandikan Aqeel mummy letak atas riba dulu.. saja x nak letak terus dlm air takut "shi-shi" ngheee... tp Aqeel tergedik-gedik mcm anak udang kena tangkap... fuh! kesabaran mummy teruji mane taknye takut terlepas kena lak masa sabunkan Aqeel time tu kan badan Aqeel yg montok tu kan licin.. last2 ngan mummy sekali bermandi manda... lalalaalalalala... lencon mummy dibuatnye.... bile last sekali baru rendamkan Aqeel dlm besen tu cian nampak Aqeel teringin nk masuk dlm besen.... tp x lama kejap je yeee nak... takut perut masuk angin...

Ooooo ank mummy ni dah pandai tau keseronokkan ek.... x pa anak mummy seronok mummy pun seronok... tp yg x tahannye bila masuk ja dlm besen terus disandarnya & dua2 tangan  pegang besen mcm gambar di bawah ni... hehe ada gaya anak mummy ni.. syabas betheay...
Gaya mau ada... 
Aqeel menayang dadanya yang gantang...
huwaaaa!!!!!!! jgn la tgk mummy mcm tu nak... 
kang batang paip dlm toilet ni mummy getget kang...
chumelnyeeeee.....

Baju saiz 12-18m

30 April 2010 ni anak mummy ni genap la 5 bulan... sekarang baru 4bln 3minggu 6hari. Aqeel ni cepat besar, baju pun dah kena beli saiz 12m-18m dah kalo pakai baju saiz 6m akan nampak perutnye yg seksi tu... tapi masih muat cuma senang terdedah takut masuk angin lak...
Baju turtle yang baru mummy beli
saja nk tunjuk beza saiz baju lama Aqeel
biar besar sedikit t blh pakai lama
suar jeans Aqeel yg mummy beli 0-3bln dh x blh pakai lama dah...
baru je pakai 3 kali mai kali ke 4 kesian lak nampak x selesa...
Nampak terbonjol perut Aqeel yg gendut tu..

Renungan mengoda mu mencaikan hati mummy yang suci murni ini....

Thursday, April 22, 2010

STIMULASI BAYI



Bayi yang masih kecil belajar mengenai pergerakan, komunikasi, sosial dan persekitarannya dengan cara bermain. Untuk dua tiga bulan pertama kehidupannya, bayi anda akan belajar dengan anda.
Perkara pertama bayi anda akan belajar ialah sentuhan, bunyi suara dan mimik muka yang anda lakukan kepadanya. Malah anda juga boleh menggalakkan stimulasi dengan senyuman, bunyi yang lembut dan sentuhan. Stimulasi ini merupakan ‘senaman’ kesihatan buat bayi anda yang masih kecil.

Aktiviti menukar pakaian
Sewaktu menukar pakaian atau lampin dan waktu dimandikan, anda boleh berbual mesra dengannya. Sambil menyalin pakaian gunakan perkataan indah untuk merangsang minda bayi seperti “ cantiknya anak mama” dan “wanginya anak mama”. Sambil itu bermainlah dengan jarinya. Jarinya boleh dicium dan kedua tangannya ditepuk supaya mindanya terangsang serta berasa gembira.

Mainan ringkas
Dalam beberapa minggu bayi anda boleh diperkenalkan kepada beberapa barang permainan yang ringkas yang mempunyai bunyi dan boleh di sentuh. Permainan itu seperti rattles, permainan lembut dan anak patung yang mempunyai melodi yang lembut.

Berbual mesra
Cakap dengan bayi anda. Bahasa digunakan ibu bapa setiap hari dapat membentuk minda bayi membentuk bahasanya. Ibu bapa perlulah faham mereka seharusnya memberikan perhatian terhadap perkembangan bahasa bayi dan membantunya dengan berbual mesra.

Sentuhan kasih sayang
Apabila bayi asyik memerhatikan wajah ibunya, lakukan sesuatu untuk menarik minatnya. Cuba menyanyi, menunjukkan senyuman gembira atau mencium tubuh bayinya itu. Senyuman dan suara anda ketika bercakap dengannya akan membuatkan dia merasa selesa dan selamat. Ini kerana suara dan sentuhan anda dia sudah biasa didengari akan membuatkan dia berasa selamat dan selesa
Ketika menyusukan bayi, ibu jangan hanya memandang wajah bayi. Sebaliknya ungkapkan kata-kata manis untuk merangsang bayi. Perkataan seperti “anak mama comel’ dan “anak mama sayang” boleh digunakan bagi tujuan itu. 

Waktu tidur
Apabila bayi menangis atau menguap, ini memberi tanda waktu untuk tidur sudah tiba.  Bayi yang berusia lebih kurang 3 bulan memerlukan waktu tidur hampir lebih kurang 20 jam sehari. Jangan abaikan waktu tidurnya ini. Jadikan ia waktu yang berkualiti. Wujudkan persekitaran bilik yang nyaman untuk bayi tidur dengan selesa. 



Tuesday, April 20, 2010

Bayiku semakin membesar

Apabila kelahiran cahaya mata, pasti setiap ibu akan gembira melihat anaknya membesar di depan matanya. Dan setiap anak kecil yang lahir akan melalui proses perkembangan yang aktif pada tahun pertamanya.
Ikuti tahap-tahap perkembangannya si kecil mengikuti umurnya.

0-3 bulan
*Bayi baru lahir sudah boleh menghisap dan yang pasti mereka tidak perlu belajar menangis.
*Bertindak balas (tindakan refleks) jika anda menyentuh dengan lembut pipi atau bahagian sensitif lain seperti tapak tangan dan kaki.
*Perkembangan motor bayi mulai terbentuk dengan baik. Bayi boleh menoleh kepala ke kiri dan ke kanan dan meluruskan tangan serta kaki.
*Mata bayi sudah boleh melihat tetapi tidak fokus.
*Pada usia enam minggu, bayi boleh tersenyum.
*Pada usia 8 minggu bayi akan mengeluarkan bunyi tetapi sukar difahami.
*Kepala bayi sudah boleh diangkat apabila dibaringkan secara meniarap.
*Pada usia 7 hingga 8 minggu bayi sudah boleh memegang alat permainan lembut dalam tempoh sekejap.
*Pada usia 9 minggu bayi sudah boleh melihat dari satu objek ke objek lain.

3 hingga 6 bulan
*Pada usia bayi 14 minggu dia boleh berguling dari perut ke belakang dan sebaliknya.
*Bayi boleh mencapai objek dan menggoncang permainan.
*Bayi sudah boleh memegang dua permainan sekali gus dan meletakkannya dalam mulut.
*Bayi sudah boleh mengangkat dadanya apabila dibaringkan secara meniarap.
*Pada usia 16 minggu bayi sudah mulai menendang-menendang kakinya.
*Genggaman tangan bayi mulai kejap dan pergerakan motornya kian mantap.
*Bayi boleh mengangkat kepalanya dalam masa yang agak lama dan memandang ke arah anda.

6 hingga 9 bulan
*Bayi mulai menolak dirinya dengan menggunakan kedua-dua tangan, perut dan lutut.
*Mata bayi mulai fokus dan mengekori pergerakan anda di sekeliling rumah.
*Bayi juga mulai merangkak.
*Sudah boleh menggunakan genggaman hujung jari yang melibatkan jari telunjuk dan ibu jari untuk mengambil objek kecil.
*Mulai berdiri dengan sokongan pelbagai barang dalam rumah seperti kabinet, perabot dan sebagainya.
*Mulai berjalan dengan bantuan barang-barang sokongan seperti perabot.
*Bayi mengeluarkan pelbagai bunyi suku kata seperti ‘ba’ atau ‘da’ yang jelas tetapi tidak difahami.

9 hingga 12 bulan.
*Pada usia 40 minggu bayi mulai boleh berdiri dengan sendiri tanpa bantuan perabot.
Sesetengah bayi mulai memulakan langkah pertama pada usia 41 minggu.
*Bayi juga berminat menolak kereta sorong dan memegang objek yang lebih besar seperti bola.
*Bayi juga boleh memegang objek yang halus seperti pensel dengan cermat.
*Bayi boleh mengenali ahli keluarganya dengan jelas seperti ibu, bapa dan adik-beradik.
*Sudah memahami arahan mudah anda seperti ‘jangan’.
*Bayi gemar bermain ‘sorok barang’ dengan anda.



Time ni mummy baru lepas mandikan Aqeel... saje ambik video sbb chumel hehehe... tp d kawasan yg tidak sepatutnya ditayang harus ditutup yeee....

Tuesday, April 13, 2010

Klick-Klick

Pada pagi yang indah & nyaman ini mummy ambik kesempatan mengklick! klick! dlm keta... waktu ni ketika Daddy & Mummy on da wy menghantar My LoVe baBy ke rumah atoknye........


Aqeel bersama Ayah Cik

Wajah kesayangan mummy

Lena dgn wajah yg sungguh cute...

Tuesday, April 6, 2010

Yey! Aqeel dah mula meniarap

Hari ni hari senaiyan... hari malas sedunia... mummy nk buat keja pun x dak mood... ari ni terigat betoi kat anak mummy.... kul suploh lobeh tok Aqeel coll kate Aqeel x selesa ngan puting botol susu yg baru sbb laju sgt abis meleleh & basah baju tersedak plk tu... mummy pun coll daddy... kring!!! kring!! kring!!!! dgn nada yg ala ala manje gitu aku pun kate "abaaaangggg.... td mama coll kate puting baru tu laju sgt so camneeee...." dgn selumbernye daddy pun kata "ok t lps lunch kita blk singgah umh kjp ambik puting lain".

kul 2pm mummy & daddy on da wy p antar puting botol susu... sikit lagi nk sampai umh tok Aqeel coll... kring! kring! krin!! helooo.... tok pun terus kate "ni anak leh meniarap sendiri dah ni! Aqeel tdo sebelah mama.. pastu td bila bukak mata ja tgk dia dh meniarap" arrrr besnyeeee seronoknyeeee... td muke mcm jerok basi dah bertuka mcm muke cheese cake yang putih dan gebu hahahaha!!!! gumbira gile mcm Aqeel dapat award lak... tp x seseronok Anugerah Bintang Popular mlm td ok!!! x Adilllll!!! tp dh rezeki die terima je laaaa..... Berbalik pd Aqeel walaupun hari ni hr Isnin yg membosan kan mummy tp berita gembira yg tok sampaikan td sudah cukup mengembirakan mummy...........

Monday, April 5, 2010

Jalan2 d Pantai

Ahad lepas mummy & daddy bawa Aqeel p jalan2 tepi pantai.... saja nk perkenalkan laut kepada Aqeel tp Aqel buat dek jeeee.... huwaaaaaaaaaaa....
standart la aqeel kalo kuar je jenjalan sure tdo....
x pa chek tdoq dulu naaaaa mummy & daddy nk mamum dulu...
Yey! Aqeel dah bangun.....
amboi seriusnye muke diee... 
mummy cium kang baru tau.....
tomeinyeeeee...... 
Muuaaahhhh!!!! haaa!!! kan kena cium...
buat muka comel lagiiiiii..........
Sekali pandang mcm budak cina lak pulak...
dgn stail rambut tajam dia tu & topi ala2 kopiah...
Aqeel mula mengantuk kembali.....
sedap kena polok ngan daddynye...

Tdo dengan gaya baru

Wah! cutenye gaya anak mummy ni tdo... sblm ni tdo terkangkang tp skrg ni dah pandai tdo sambil isab ibu jari & main rambut... kita layan pic Bby Aqeel di bawa ni...

Ini gambar baru nk dibuai mimpi... tdo2 ayam katakan...
setelah lama tdo begini pulak jadinyeeee....
iyooooo sayanggg.... nape terkangkang mcm tu sekaliiii....

Katil Baru

Sebelum ni Aqeel tdo tgh2 antara mummy & daddy. demi menjaga keselamatan Aqeel.. daddy telah beli katil baru... bahaya kalo baby tdo sekali mana tau kalo berlakunya tindakan luar kawalan tersiku ke tertendang ke terhimpit ke terngigau ke ter ter ter lah....

amboi-amboiiiii..... seronoknye dia dudok dalam katil baru.... jlouse mummy tau....