Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Monday, April 15, 2013

Ezqel & Adik Emron

Salam rindu sekalian..
Maaf terlalu banyak story ummie terlepas untuk dicoretkan di dalam ini... untuk koleksi ummie pendekkan cerita....


Kini Ezqel dah ada adik baru yang cangat comel. Kini usianya telah mencecah setahun 6 bulan... terlalu cepat masa berlalu. Paling sukar adalah saat memberi nama kepada adik. Dari awal kelahiran sehingga lahirnya adik nama masih belum jumpa... Ummie suka nama Emron, nama selebihnya ummie serah pada ayah. Oleh itu jadila Muhammad Emron El~Ameen. Alhamdulillah ummie & adik selamat & sihat semasa proses kelahiran. itu cerita setahun yg sepas skrg alhamdulillah anak2 ummi membesar dgn sihatnya walaupun kadang2 demam batu n selsema mcm tu lah bila duduk di nurseri & tadika... sementara nk besar kan tambahan cuaca kurang memuaskan... maafkan ummie sayang kerana tidak dapat menjaga kamu dengan sepenuhnya ummie terpaksa bekerja bukan untuk mencari sesuap nasi tp demi masa mendatang yang kita tidak tahu apa yg akan berlaku. Bukan tidak percaya pada takdir tp kata hati minta bekerja. Mohon maaf ayah sekiranya ummie tidak dapat memenuhi hajatmu untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.


Harapan ummie semoga abang Ezqel dapat menjaga adik-adik dengan baik. Sayanglah adik-adik kamu seperti mana ummie & ayah menyayangi kamu. Andai kami 'dijemput pergi'  jadilah seorang abag yang bertanggungjawab kesabaran menjadi tiang kekuatan kamu sayang dan jangan lupa pada Allah swt kerana dia lah yg memberi kekuatan itu kepada kamu. Andai kamu tumbang jgn menyalahkan pada diri sendiri atau sesiapa kerana itu antara ujian yang harus ditempuhi, bangunlah kerana ummie tahu kamu boleh melakukannya... Ummie sayang anak2 ummie melebihi nyawa ummie sendiri andai diberi pilihan antara kamu & nyawa ummie sudah semestinya ummie memilih kamu. Kasih ummie tiada penghujungnya...........