Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Monday, April 26, 2010

Ciku-ciku mummy bermandi-manda

Alolololo chumel mummy ni suke sgt dgn air.... masa nk mandikan Aqeel mummy letak atas riba dulu.. saja x nak letak terus dlm air takut "shi-shi" ngheee... tp Aqeel tergedik-gedik mcm anak udang kena tangkap... fuh! kesabaran mummy teruji mane taknye takut terlepas kena lak masa sabunkan Aqeel time tu kan badan Aqeel yg montok tu kan licin.. last2 ngan mummy sekali bermandi manda... lalalaalalalala... lencon mummy dibuatnye.... bile last sekali baru rendamkan Aqeel dlm besen tu cian nampak Aqeel teringin nk masuk dlm besen.... tp x lama kejap je yeee nak... takut perut masuk angin...

Ooooo ank mummy ni dah pandai tau keseronokkan ek.... x pa anak mummy seronok mummy pun seronok... tp yg x tahannye bila masuk ja dlm besen terus disandarnya & dua2 tangan  pegang besen mcm gambar di bawah ni... hehe ada gaya anak mummy ni.. syabas betheay...
Gaya mau ada... 
Aqeel menayang dadanya yang gantang...
huwaaaa!!!!!!! jgn la tgk mummy mcm tu nak... 
kang batang paip dlm toilet ni mummy getget kang...
chumelnyeeeee.....

Baju saiz 12-18m

30 April 2010 ni anak mummy ni genap la 5 bulan... sekarang baru 4bln 3minggu 6hari. Aqeel ni cepat besar, baju pun dah kena beli saiz 12m-18m dah kalo pakai baju saiz 6m akan nampak perutnye yg seksi tu... tapi masih muat cuma senang terdedah takut masuk angin lak...
Baju turtle yang baru mummy beli
saja nk tunjuk beza saiz baju lama Aqeel
biar besar sedikit t blh pakai lama
suar jeans Aqeel yg mummy beli 0-3bln dh x blh pakai lama dah...
baru je pakai 3 kali mai kali ke 4 kesian lak nampak x selesa...
Nampak terbonjol perut Aqeel yg gendut tu..

Renungan mengoda mu mencaikan hati mummy yang suci murni ini....

Thursday, April 22, 2010

STIMULASI BAYI



Bayi yang masih kecil belajar mengenai pergerakan, komunikasi, sosial dan persekitarannya dengan cara bermain. Untuk dua tiga bulan pertama kehidupannya, bayi anda akan belajar dengan anda.
Perkara pertama bayi anda akan belajar ialah sentuhan, bunyi suara dan mimik muka yang anda lakukan kepadanya. Malah anda juga boleh menggalakkan stimulasi dengan senyuman, bunyi yang lembut dan sentuhan. Stimulasi ini merupakan ‘senaman’ kesihatan buat bayi anda yang masih kecil.

Aktiviti menukar pakaian
Sewaktu menukar pakaian atau lampin dan waktu dimandikan, anda boleh berbual mesra dengannya. Sambil menyalin pakaian gunakan perkataan indah untuk merangsang minda bayi seperti “ cantiknya anak mama” dan “wanginya anak mama”. Sambil itu bermainlah dengan jarinya. Jarinya boleh dicium dan kedua tangannya ditepuk supaya mindanya terangsang serta berasa gembira.

Mainan ringkas
Dalam beberapa minggu bayi anda boleh diperkenalkan kepada beberapa barang permainan yang ringkas yang mempunyai bunyi dan boleh di sentuh. Permainan itu seperti rattles, permainan lembut dan anak patung yang mempunyai melodi yang lembut.

Berbual mesra
Cakap dengan bayi anda. Bahasa digunakan ibu bapa setiap hari dapat membentuk minda bayi membentuk bahasanya. Ibu bapa perlulah faham mereka seharusnya memberikan perhatian terhadap perkembangan bahasa bayi dan membantunya dengan berbual mesra.

Sentuhan kasih sayang
Apabila bayi asyik memerhatikan wajah ibunya, lakukan sesuatu untuk menarik minatnya. Cuba menyanyi, menunjukkan senyuman gembira atau mencium tubuh bayinya itu. Senyuman dan suara anda ketika bercakap dengannya akan membuatkan dia merasa selesa dan selamat. Ini kerana suara dan sentuhan anda dia sudah biasa didengari akan membuatkan dia berasa selamat dan selesa
Ketika menyusukan bayi, ibu jangan hanya memandang wajah bayi. Sebaliknya ungkapkan kata-kata manis untuk merangsang bayi. Perkataan seperti “anak mama comel’ dan “anak mama sayang” boleh digunakan bagi tujuan itu. 

Waktu tidur
Apabila bayi menangis atau menguap, ini memberi tanda waktu untuk tidur sudah tiba.  Bayi yang berusia lebih kurang 3 bulan memerlukan waktu tidur hampir lebih kurang 20 jam sehari. Jangan abaikan waktu tidurnya ini. Jadikan ia waktu yang berkualiti. Wujudkan persekitaran bilik yang nyaman untuk bayi tidur dengan selesa. 



Tuesday, April 20, 2010

Bayiku semakin membesar

Apabila kelahiran cahaya mata, pasti setiap ibu akan gembira melihat anaknya membesar di depan matanya. Dan setiap anak kecil yang lahir akan melalui proses perkembangan yang aktif pada tahun pertamanya.
Ikuti tahap-tahap perkembangannya si kecil mengikuti umurnya.

0-3 bulan
*Bayi baru lahir sudah boleh menghisap dan yang pasti mereka tidak perlu belajar menangis.
*Bertindak balas (tindakan refleks) jika anda menyentuh dengan lembut pipi atau bahagian sensitif lain seperti tapak tangan dan kaki.
*Perkembangan motor bayi mulai terbentuk dengan baik. Bayi boleh menoleh kepala ke kiri dan ke kanan dan meluruskan tangan serta kaki.
*Mata bayi sudah boleh melihat tetapi tidak fokus.
*Pada usia enam minggu, bayi boleh tersenyum.
*Pada usia 8 minggu bayi akan mengeluarkan bunyi tetapi sukar difahami.
*Kepala bayi sudah boleh diangkat apabila dibaringkan secara meniarap.
*Pada usia 7 hingga 8 minggu bayi sudah boleh memegang alat permainan lembut dalam tempoh sekejap.
*Pada usia 9 minggu bayi sudah boleh melihat dari satu objek ke objek lain.

3 hingga 6 bulan
*Pada usia bayi 14 minggu dia boleh berguling dari perut ke belakang dan sebaliknya.
*Bayi boleh mencapai objek dan menggoncang permainan.
*Bayi sudah boleh memegang dua permainan sekali gus dan meletakkannya dalam mulut.
*Bayi sudah boleh mengangkat dadanya apabila dibaringkan secara meniarap.
*Pada usia 16 minggu bayi sudah mulai menendang-menendang kakinya.
*Genggaman tangan bayi mulai kejap dan pergerakan motornya kian mantap.
*Bayi boleh mengangkat kepalanya dalam masa yang agak lama dan memandang ke arah anda.

6 hingga 9 bulan
*Bayi mulai menolak dirinya dengan menggunakan kedua-dua tangan, perut dan lutut.
*Mata bayi mulai fokus dan mengekori pergerakan anda di sekeliling rumah.
*Bayi juga mulai merangkak.
*Sudah boleh menggunakan genggaman hujung jari yang melibatkan jari telunjuk dan ibu jari untuk mengambil objek kecil.
*Mulai berdiri dengan sokongan pelbagai barang dalam rumah seperti kabinet, perabot dan sebagainya.
*Mulai berjalan dengan bantuan barang-barang sokongan seperti perabot.
*Bayi mengeluarkan pelbagai bunyi suku kata seperti ‘ba’ atau ‘da’ yang jelas tetapi tidak difahami.

9 hingga 12 bulan.
*Pada usia 40 minggu bayi mulai boleh berdiri dengan sendiri tanpa bantuan perabot.
Sesetengah bayi mulai memulakan langkah pertama pada usia 41 minggu.
*Bayi juga berminat menolak kereta sorong dan memegang objek yang lebih besar seperti bola.
*Bayi juga boleh memegang objek yang halus seperti pensel dengan cermat.
*Bayi boleh mengenali ahli keluarganya dengan jelas seperti ibu, bapa dan adik-beradik.
*Sudah memahami arahan mudah anda seperti ‘jangan’.
*Bayi gemar bermain ‘sorok barang’ dengan anda.



Time ni mummy baru lepas mandikan Aqeel... saje ambik video sbb chumel hehehe... tp d kawasan yg tidak sepatutnya ditayang harus ditutup yeee....

Tuesday, April 13, 2010

Klick-Klick

Pada pagi yang indah & nyaman ini mummy ambik kesempatan mengklick! klick! dlm keta... waktu ni ketika Daddy & Mummy on da wy menghantar My LoVe baBy ke rumah atoknye........


Aqeel bersama Ayah Cik

Wajah kesayangan mummy

Lena dgn wajah yg sungguh cute...

Tuesday, April 6, 2010

Yey! Aqeel dah mula meniarap

Hari ni hari senaiyan... hari malas sedunia... mummy nk buat keja pun x dak mood... ari ni terigat betoi kat anak mummy.... kul suploh lobeh tok Aqeel coll kate Aqeel x selesa ngan puting botol susu yg baru sbb laju sgt abis meleleh & basah baju tersedak plk tu... mummy pun coll daddy... kring!!! kring!! kring!!!! dgn nada yg ala ala manje gitu aku pun kate "abaaaangggg.... td mama coll kate puting baru tu laju sgt so camneeee...." dgn selumbernye daddy pun kata "ok t lps lunch kita blk singgah umh kjp ambik puting lain".

kul 2pm mummy & daddy on da wy p antar puting botol susu... sikit lagi nk sampai umh tok Aqeel coll... kring! kring! krin!! helooo.... tok pun terus kate "ni anak leh meniarap sendiri dah ni! Aqeel tdo sebelah mama.. pastu td bila bukak mata ja tgk dia dh meniarap" arrrr besnyeeee seronoknyeeee... td muke mcm jerok basi dah bertuka mcm muke cheese cake yang putih dan gebu hahahaha!!!! gumbira gile mcm Aqeel dapat award lak... tp x seseronok Anugerah Bintang Popular mlm td ok!!! x Adilllll!!! tp dh rezeki die terima je laaaa..... Berbalik pd Aqeel walaupun hari ni hr Isnin yg membosan kan mummy tp berita gembira yg tok sampaikan td sudah cukup mengembirakan mummy...........

Monday, April 5, 2010

Jalan2 d Pantai

Ahad lepas mummy & daddy bawa Aqeel p jalan2 tepi pantai.... saja nk perkenalkan laut kepada Aqeel tp Aqel buat dek jeeee.... huwaaaaaaaaaaa....
standart la aqeel kalo kuar je jenjalan sure tdo....
x pa chek tdoq dulu naaaaa mummy & daddy nk mamum dulu...
Yey! Aqeel dah bangun.....
amboi seriusnye muke diee... 
mummy cium kang baru tau.....
tomeinyeeeee...... 
Muuaaahhhh!!!! haaa!!! kan kena cium...
buat muka comel lagiiiiii..........
Sekali pandang mcm budak cina lak pulak...
dgn stail rambut tajam dia tu & topi ala2 kopiah...
Aqeel mula mengantuk kembali.....
sedap kena polok ngan daddynye...

Tdo dengan gaya baru

Wah! cutenye gaya anak mummy ni tdo... sblm ni tdo terkangkang tp skrg ni dah pandai tdo sambil isab ibu jari & main rambut... kita layan pic Bby Aqeel di bawa ni...

Ini gambar baru nk dibuai mimpi... tdo2 ayam katakan...
setelah lama tdo begini pulak jadinyeeee....
iyooooo sayanggg.... nape terkangkang mcm tu sekaliiii....

Katil Baru

Sebelum ni Aqeel tdo tgh2 antara mummy & daddy. demi menjaga keselamatan Aqeel.. daddy telah beli katil baru... bahaya kalo baby tdo sekali mana tau kalo berlakunya tindakan luar kawalan tersiku ke tertendang ke terhimpit ke terngigau ke ter ter ter lah....

amboi-amboiiiii..... seronoknye dia dudok dalam katil baru.... jlouse mummy tau....

Aksi lucu Aqeel


Stok botol susu Aqeel

Ini adalah stok botol susu Aqeel yang daddy belikan... baru 4 bulan dah banyak ini botol susu Aqeel ishk!2 x pa janji anak mummy ni kuat minum t leh jadi 'tuff' ye sayang.... Kepada ibu2 baru yang tidak BFeeding mcm mummy Aqeel ni kalo nk beli botol susu sila pastikan yang ada tulis FREE BPA kalo x botol itu mengandungi camical merbahaya pada baby untuk jangka masa panjang... then kalo dah terbeli atau dapat adiah bertimbun botol susu x paaaa jgn la terus buang sayang tuuu.... leh pakai lagi tp seboleh-bolehnya guna botol tu tidak melebihi 6 bulan yee.... lagi satu kalo nk bancuh susu kat bby jangan bacuh susu terlalu panas kononye anak br lps minum susu pastu nk kuar jln2 so bancuh siap2 dgn air panasss... jangan!!! t bacteria bagus yang terkandung dalam susu tu akan mati so susu tu tidak mengandungi khasiat pada bby.

Brand AVENT (made in England) & MAM (made in Jerman)
terpulang pada u all pilih yang mana terbaik brand tommy pun ok.
Sekali beli boleh pakai lama kalo nk dibandingkan yang murah tp kena tuka byk kali.
Daddy dimaklumkan oleh tokei kedai bby tu ramai org x tau yang brand MAM lebih bagus dari AVENT. Betul ka??? tp nampak design lagi kreatif.

 AVENT
MAM
Puting MAM leper... MAM kata x nak bagi gigi anak jongang.. 
Oh ye ke??? mcm bagus jeee... tp org lain yg pakai botol susu bukan jenis puting leper x jongang pun. Ala.. kalo ikut bakanya jongang pun jongang jugak x yah nk cari yg leper kalo pakai pun still jongang... tp bagi pendapat mummy Aqeel arrr myb nk jaga gigi kot x nak kasi gigi ikut puting membulat ke depan... Ah! x kisah lah janji anak mummy ni sehat & kuat minum susu dah ok...

Selamat Datang ke Blog Aqeel

Wah! Aqeel dah ada blog sendiriii.... mummy yg buatkan hehe...
so lps ni segala-galanya pasal Aqeel... mummy akan cerikatan di dalam blog ini yeeee.... Sbb terlalu banyak cerita & gambar Aqeel yang menarik nk mummy ceritakan tp x bes lak bila campur dgn blog mummy so mummy wujudkan Blog ini untuk tatapan pengunjung yang sudi meluankgan masa mengunjugi Blog Aqeel ini... tenkiu-tenkiu...